Unsur (undang-undang jenayah)

Dalam undang-undang jenayah, unsur (Jawi: ‏عنصور‎code: ms is deprecated ‎; jamak: anasir, ‏عناصير‎code: ms is deprecated ‎) atau elemen (Jawi: ‏ايليـمن‎code: ms is deprecated ‎) ialah fakta-fakta yang mesti dibuktikan untuk mensabitkan seseorang dengan jenayah. Sebelum defendan boleh didapati bersalah atas sesuatu jenayah, pihak pendakwaan perlu menunjukkan bukti bahawa orang kena tuduh itu telah melakukan setiap elemen bagi jenayah yang dipertuduhkan tanpa dapat diragui dengan munasabah. Elemen untuk satu-satu jenayah mungkin berbeza daripada jenayah lain.Komponen-komponen asas jenayah disenaraikan berikut;[1] amnya, setiap elemen jatuh tergolong dalam salah satu kategori berikut. Dalam common law, suatu perbuatan tidak boleh dianggap jenayah melainkan defendan mempunyai niat melakukannya—sama ada dengan sengaja, tahu akibatnya, atau melulu melakukannya. Mereka perlu faham apa yang mereka telah lakukan dan tahu bahawa ia salah. Namun, dalam sesetengah jenayah dalam statut, seperti rogol berkanun, defendan tidak semestinya perlu tahu perkara-perkara tertentu (seperti umur penuduh) untuk perbuatannya dikira sebagai jenayah; jenayah begini dipanggil kesalahan liabiliti ketat.[2]